Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang
Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta
izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan
redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka
biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari
ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan
supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)
" Dan kahwinkanlah orang-orang yang
sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika
mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An
Nuur: 32 )
" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA
ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih
dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk
mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara
kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah
itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum
sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai
penahannya." ( Hadis )
" Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang
buruk. ( QS. Al Israa': 32 )
Cukup cintai dia dalam
diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga
kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan
kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan
yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari
kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya
dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia
dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi
Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti
sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk
lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita
yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang
baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang
menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An
Nuur: 26 )
Cukup cintai dia dalam
diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin
saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk
dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada
Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga
keindahan itu datang pada waktunya..
" Barangsiapa yang menjaga kehormatan
orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)
Sumber : http://zafiruddin.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar